Sunday, August 23, 2009


Friday, July 10, 2009

Re Maria Hertogh

[utusan online]

KUALA LUMPUR 9 Julai - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam.
Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib, menerusi e-mel kepada Bernama hari ini.
Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.
Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Dr. Fauziah berkata, Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.
Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.
``Menurut Bertha, beliau hanya berasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,’’ kata Dr. Fauziah.
Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. - Bernama



Aku says:

Natrah dalam gambar di atas (dalam bulatan merah) ketika bersekolah di kemaman, terengganu.gambar ku dapat dari tokki ku (ada seorang family member dalam gambar tu, tak dapat dikenalpasti yang mana satu huhu).

Semoga Natrah meninggal dalam Islam dan rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi.Amin..

Thursday, July 02, 2009


Saturday, June 13, 2009

Apa Kau Berani Pegang Bara Api

Aku.boleh dikatakan gila
menyahut diriku sendiri melakukan perkara segila ini
tapi inilah yang kulakukan selama ni
menyahut diri setiap hari
aikol menganjur konsert grand
tak terfikir aku
mungkin juga mereka
aku faham mengapa mereka begini
harus kita ingat
kita bukan sebarang makhluk
kita makhluk yang diberi akal untuk berikhtiar
semoga berjaya untuk semua~
jangan gusar
ini jihad kita
dengan diri, dengan harta, dengan lisan
jihad tidak harus takut
kerana Allah bersama kita

OPICK - LIVE

FIRST EVER IN MALAYSIA

COMING SOON


Monday, June 01, 2009

yeah tiruan yang best


Usahlah kau bersedih atas kematian saudara-saudara kita nun jauh di Palestin, Iraq..

Kerana mereka memang dijanjikan syurga..

Fikirkan tentang nasib saudara-saudara kita di sini..

Yang lagho..

Yang terlalu terpesona dengan dunia..

Apakah kita sudah bersedia?





Sunday, May 31, 2009

Selamat Pengantin Baru Hafiz & Zuraidah

maka sudah selamat pakcik ku menikah dengan kakzue

(sekarang sudah naik pangkat jadi cik zue)

gambar xde lagi next time la ye

yang paling menarik hatiku ialah...


one of the hantaran from the pengantin perempuan's side is this exact cupcake~

usually cupcake yang biasa dijual di bazar2 is tasteless

rupa cantik rasa hampeh

but this one is marvellous

it makes me shut my eyes when eating it n have a nice look too

nice design (more design in ilovecuppacakes.com), great vanilla taste

5 stars~

Wednesday, May 27, 2009


Hasbunallah wanikmal wakil

Nikmal maulana waanikman nashir


Bila hati gelisah

Tak tenang, tak tenteram

Bila hatimu goyah

Terluka, merana


Jauhkah hati ini

dari Tuhan dari Allah

Hilangkah dalam hati

dzikirku,imanku


Hanya dengan Allah

Hatimu akan menjadi tenang

Dengan mengingat Allah

Hilanglah semua kegelisahan

Cukuplah hanya Allah

Hati bergantung dan berserah diri


-aunnur rofiq lil firdaus