Monday, December 29, 2008

Rebit

Rebit...

aku merinduimu

aduh, macamane pulak dengan baldi gambar aku...
x paham?
x paham sudah
-points were invented so you could miss them

Mood Starter

attempt
attempt = cobaan
cobaan = dugaan
dugaan = attempt, attempt = dugaan
antara attempt yang terkenal
lagu 'cuba' - faizal tahir
coobaaannnn - P Ramlee : pendekar bujang lapuk
attempt dan aku
tenung tajuk attempt saje sudah setengah jam
setiap 3 helai baca akan tidur 3 jam
[kamu : ah tipu lah]
-takder rabbit coz aku lupe paswed baldi gambar n xjumpa lam tenet
-but still, pujah-jangan rampas rabbit aku!

Sunday, December 28, 2008

go gh

[sila sambung perkataan di bawah]
yaya nakal-syifa marah

takut-pokpih ngan huda ajak-best-yang lain tak berani-rugi



bear huda-yaya ambik-nampak kamera-senyum


Friday, December 26, 2008

Rai's Believe It Or Not

believe it or not 1 : aku telah membeli mp3 zen stone plus menggunakan duit yang diberi oleh mak aku sebagai upah mencuci longkang [ aku tak sangka aku setabah itu ]

believe it or not 2 : aku telah mengambil air kotak soya dan meletakkannya atas kaunter untuk bayar lalu orang kat kaunter tu tunjuk ke arah air kotak itu dan bertanya "air ke?" [ dah tu takkan burger kot ]

believe it or not 3 : seorang jurujual mengoffer aku untuk beli perfume dan aku berkata "nanti saya keje jadi kaya saya beli perfume banyak2" [ ingat aku kemaruk perfume sangat-wahhh murahnyeee rm60 jeee~ ]

believe it or not 4 : aku telah gagal mengira berapa jumlah 55 bahagi 3 tanpa menggunakan kalkulator henset apabila ditanya oleh madam dalam kelas succession akibat terlalu lama meninggalkan matematik [ kira duit ok pulak tapi kalo kira discount masih di peringkat lemah ]

Monday, December 22, 2008

Hari Penatku

kesian kaki aku menderita~

sori ye wahai kaki

besar jasa kamu

tapi aku masih kedekut mahu bagi kamu kasut yang mahal

ho ho ho

Sunday, December 21, 2008

Brand New Me

Move Forward
Cherish the Past
Living in Despair Won't Do Any Good
To My Old Self..

Saturday, December 20, 2008

Assc Prof Syed Ahmad Alsagoff

tetiba aku letak posting pasal dia.aku sangat admire dia, sangat baik tak pernah marah pon.kalo nampak dia sejuukkk je hati.tapi sekarang dia xde kat aikol (dengar2 pegi tabligh kat UK).setiap kali kelas dia akan baca satu hadis, insaf siyut.klik sana klik sini tetiba aku jumpe motivational quote yang dia pnah sebut lam kelas

Early to bed and early to rise, makes a man healthy, wealthy, and wise.

Tido awal dan bangun awal.katanya otak kite ni macam span, kalau dah penuh air xkan serap masuk.bila pagi, otak fresh, macam span kering boleh la serap air banyak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ada satu hari tu:

[sir tulis no 1 kat white board]
sir : ni berapa
budak : satuuuu~

[sir tambah kosong jadi 10]
sir : ni berapa
budak : sepuluh~

[sir tambah kosong lagi jadi 100]
sir : ni berapa
budak : seratus~

[sit tambah lagi kosong jadi 1000]
budak (otometik jawab sir x tanya pon) : seribu~

[sir tambah lagi kosong dan kosong dan kosong dan seterusnya kosong]
budak : sepuluh ribu~ seratus ribu~ satu juta~ sepuluh juta~ satu bilion~ sepuluh billion~

1 000000000000000000000

-tetiba semua jadi konfius banyak sangat kosong (bdak law lemah math ngeh ngeh)-

sir : kalau saya buang no 1 ni, jadi berapa

000000000000000000000

budak : kosong~

sir : nombor satu ni ibarat semayang.kalau no satu ni tak ade berapa banyak kosong kat belakang tu pun tak bermakna.kalau berapa banyak buat baik pun tapi tak semayang...gitu la ibaratnye
budak : [insaf]

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

-ni baru sikit yang sir bagi...banyak lagi,tiap2 kali kelas sir bagi motivasi.
-aku rasa bersalah, aku janji nak tolong sir review balik buku contract tapi sebab sibuk (n yam pun x sehat masa tu) aku delay je.last2 sir xde dah kat aikol.sob2...

*arahan 1 : tukar perkataan budak kepada budak kelas aku
arahan 2 : tukar perkataan dia/sir kepada Assc Prof Syed Ahmad Alsagoff
arahan 3 : tukar semua cerita di atas kepada Bahasa Inggeris

-disebabkan sir aku terbayang sayap-sayap malaikat kat bawah tapak kaki aku setiap kali pegi kelas

Friday, December 19, 2008

Nasihat Untuk Aku..

Aku sgt emo 2-3 hari ni

so baiklah aku menginsafi diri hari ni

copy paste je ye kawan kawan..
sila baca dengan nada serius

Menuju Kesempurnaan Diri

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata :

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya: Tanyalah apa yang engkau kehendaki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik ).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa.
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan(kurangkan ) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan,mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang.

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

wallahu`alam..

Thursday, December 18, 2008

dehrim

kalau kamu mimpi...



The Prophet said, If anyone of you sees a dream that he likes, then it is from Allah, and he should thank Allah for it and narrate it to others; but if he sees something else, i.e., a dream that he dislikes, then it is from Satan, and he should seek refuge with Allah from its evil, and he should not mention it to anybody, for it will not harm him. (Abu Sa'id Al-Khudri)
mimpi aku paling ganjil
dalam mimpi tu:
[ aku gitau abang aku 'ni sebenarnya ialah mimpi' ]
[ abang aku cakap 'benda mu ngarut ni' ]
aku suka mimpi ni
sebab aku sedar ianya mimpi
-cuti sem ni aku banyak tido.mimpi macam2

feh-syin

aku bukan fesyen2 sangat
tapi aku pernah nampak sorang makcik ni
jalan2 kat masjidsurau kristal
pakai selendang panjang
mekap2, ngan henbeg
tapi...
pakai seluar askar
ye, betul
...se...lu...ar... ...as...kar...
...askariyyun...
ini... fesyen baru kah?

tensyen gile tahap gaban

aku mahu membebel di sini *kerana orang itu asyik sibuk tak mau dengar aku bebel.aku online hari2 sudah 40 hari,tapi kenapa pada 18 disember 12 am:

[ the page cannot be displayed ]
[ sign in cancel ] -> ym

aku cuma mahu tuka section RKUD sajeee,n tambah usul fiqh.hari ni section dah close.aku mahu sumpah seranah sape.aku xpenah buat manual.yang aku tahu manual = derita.mungkin patut sediakan makanan buat beratur nanti.atau bawa selimut untuk tidur di depan pintu.aku benci manual.sebab tu aku bawak kete auto je

...kuharap senang dalam berjuang bagai merindukan bulan di tengah siang...
...pandai la kamu kumpulan saujana..tau2 je aku ini..
...wahai diri aku seniri tak baik la Tuhan marah!

...kepada orang sibuk...sampai hati ye...

Wednesday, December 17, 2008

Lempar Kasut

Bukan. Bukan pasal Bush.
Pasal aku.
Aku yang lempar kasut.
Aku lempar kasut kat abang aku masa kecik, giginye jadi senget.
Tadi die mahu buat braces, mahu mintak duit dari aku.
Tak adil, masa kecik memang aku nakal.
Sekarang aku baik.
Aku tak bersalah.
Lagipun aku protected under section 82 of Penal Code.
What if I was exactly 10 at the time of incident?
According to Gour, should be treated under section 82
According to Nigam, benefit of the doubt should be given to the accused.
Ha-ha masih ingat rupanya
*sigh
bosan la

lolcat


pantaskah jari

Typing Test

-adik aku (jaja abcdefg) : 64 words per minute
(she has ulat fingers)
-sepupu aku (anis funyuu) : 77 words per minute
(she has sotong fingers)

Tuesday, December 16, 2008

kuih


bahasa teganu : "kayu kkhamak"

aku sangka ialah kayu keramat
tapi umi aku kata sebenarnya ialah kayu gamat
mungkinkah nama sebenarnya ialah kayu gamat tapi orang teganu silap dengar?
ataupun memang sebenarnya kayu keramat?
ntah la
tolong la beri jawapan

kes silap dengar ni memang kronik
contohnye sahabat aku, orang penang
aku cakap kat die kuih seri muka kat teganu dipanggil 'tok haji serban(g)'
(kan bentuk kuih tu macam tok haji pakai serban(g))
tapi beberapa bulan lepas tu
dia panggil kuih tu
'mak haji terbang'
adushhh
moral of the story 1 : apa yang kita dengar mungkin salah walaupun kita rasa benda tu betul.
moral of the story 2 : jangan dengar cakap2 orang,siasat dulu

Monday, December 15, 2008

Sem Lepas Sem Depan

Sesi rotibasi motivasi untuk diri sendiri

6 hari yang berharga...dan aku tak puas lagi duk umah (walaupun dah 38 hari cuti la la la)

Baiklah, mari kita imbau kenangan tok guru-tok guru aku yang best sem lepas.ni ayat2 mereka yang aku selalu ingat

Prof. Aziz Bari : law + conscience=justice

Ustaz Hamid Jusoh al-Butri : don't call me haji hamid, i will slap your face silap,bukan yang ni. what's the reason.....


Dr Baharudin : use your common sense! [aku tau perkataan ni terngiang2 di telinga semua orang]


Dr. Normi : a good law student will start their revision one month before exam

(soon to be Dr.) Wan Liza : haa..kan boleh tu.sape cakap tak boleh

Ustaz Kabir : cats are cute aren't they

Jadi, kesimpulannya ialah:

Dalam bidang undang-undang ni tak kire belajar ke kerja, tak boleh guna law je, kena guna conscience skali.law tak semestinya equals to justice.reason is a must for everything.camane nak dapat reason?guna common sense.musti selalu guna common sense, apa yang wajar apa yang tak wajar, jangan diterima saja bulat atau bujur2 apa yang di depan mata.don't do things at the eleventh hour, avoid procrastination(thanks to Assc.Prof Syed Ahmad Alsagoff) tak kire masa study untuk exam ataupun siapkan submission masa jadik lawyer(korang la,bukan aku).dan last skali mesti yakin diri.chayo chayo ke ganbatte kudasai ke ape2 je la yang penting rasa konfiden(jangan over!).

and don't sterilize your cats.if you don't want your kittens, give it to Dr Kabir.[apa kena mengena?]

walaupun penat tapi aku tahu penyeksaan yang diberi tu untuk kebaikan kita semua.

belajar dan keja tu kan jihad, macam nak gi perang.takkan la nak gi perang pun nak senang.jangan banyak komplen:ish panas la,banyak selut la.demi survivor- angkat je senapang dan tembak!tra ta ta ta ta ta ta.pastikan tembakan anda tepat.tapi kalo orang jahat tak mati-mati jugak(ish liat betul) n lempar bom tangan kat korang....kebaaabooommmmm.......mati.mati syahid.xpe la dah usaha kn?

fahamilah erti usaha....

fahamilah..fahamilah...fahamilah...(echoing)

jadi....usahalah!




*sebenarnya aku amat malas teramat sangat nak gi Negara Atap Biru.posting ni tak lain tak bukan hanyalah untuk menyedapkan hati




Sunday, December 14, 2008

Teori Masalah

Umi aku telah mengeluarkan teori ini:

Bila ada masalah besar, kita anggap masalah-masalah yang lain adalah masalah yang kecik

Bila takde masalah yang besar, maka masalah yang kecik akan bertukar (sila jerit seperti cerita ultraman) menjadi masalah yang besar

Dan masalah yang kecik tu akan terus mengembang(yang ni tak perlu jerit) sehingga kita menganggapnya sebagai masalah yang paling besar dalam hidup

contoh masalah kecik yang jadi besar:

"arghhh ape pasal cite aria ni tak best.tensyen nye akuuu"
-kalau tak best jangan la tengok

"arghhh bile aku nak pulangkan komik-komik niiii"
-nanti sem depan bawak la, pulangkan balik.ape susah

"arghhh aku rasa die saje nak menyakitkan hati aku"
-ape pasal tiap2 hari pikir pasal die.banyak makhluk lagi yang boleh dibuat kawan.dalam banyak2 kawan yang baik, ape pasal nak fokus kat die sorang

"arghh ape lagi masalah yang nak aku taip ni"
-takde masalah cari masalah.buat conclusion je la apa susah

Conclusion : walaupun anda ditimpa masalah, bersyukurlah.masalah orang lain lagi besar dari masalah anda.

-ahahaha mesti korang dah konfius besar kecik

Saturday, December 13, 2008

Gambar Kesukaanku

Hobi aku suke tangkap gambar.tapi guna kamera biase2 aje.tapi kalo dslr abah aku terlepas kat tangan aku..hahaha siap la.bukan reti sangat pun cume aku suka bila kamera tu bunyi "kcik" bila tekan.paling best dapat gambar yang cantik.ni antara gambar2 yang aku amik yang aku rasa cantik
(p/s: kalau korang rasa buruk lantak ar yang penting aku suke)

nampak tak?ada tapak kaki kucing yang besar

aku rase ada kucing gergasi atas awan


ni dekat kampung losong panglima perang, pagi pagi buta celik


ni celah2 bangunan kat kampung cina



pokok bunga umi aku semasa pokok tersebut masih hidup


bunga ni telah kembali ke rahmatullah.seb baik sempat amik gambar


ada orang dapat hidayah...kui3


ranting ni dah tua, rehat jap kat kusi

cukup la setakat ni nanti pening tengok banyak2.

Friday, December 12, 2008

cap ayamz

Hidup Satu Perjuangan

Pernah dulu kudengarkan
Hidup ini perjuangan
Kini pernah kumengerti
Takdir ku di tangan sendiri
Rentak hidup yang kau halakan
Tiada siapa yang menentukan
Semua yang kau hadapi
Pilihan hidupmu sendiri
Pernah dulu kukatakan
Hidup ini pengorbanan
Segala yang kau lalui
Pastinya kau hadapi
Tiap langkah yang ka halakan
Hanya kamu yang menentukan
Tiap detik kau lalui
Pilihan hidupmu sendiri
Hidup satu perjuangan
Hidup penuh pengorbanan
Hidup dengan ketulusan
Kau teruskan

Amboi2 takdir di tangan sendiri.tiada siapa yang menentukan?Tuhan camane plak?

Masa aku sekolah tadika, ustazah aku ajar:

Rukun Iman
Percaya kepada Allah
peraya kepada malaikat
percaya kepada kitab
percaya kepada rasul
percaya kepada hari kiamat
percaya kepada Qada' dan Qadar

lirik cap ayamz...

Halal dan Haram [ v2 ]

Hershey..



tak ada alkohol (dah check dalam website die)
ada tulis chocolate liquor tapi jangan salah faham
chocolate liquor bukan arak, takde alkohol
chocolate liquor = cocoa mass
kalau ada gelatin akan tulis lam ingredient

(April 7, 2002) Cadbury Trebor Allan and Hershey Canada have told eat-halal.com that most of their chocolate bars are free of animal ingredients. The only Cadbury Trebor Allan product which contains animal ingredients is Neilson Malted Milk. It contains gelatin and this was reported in our update dated March 17, 2002. All other Cadbury chocolates (including Neilson brand chocolates) are free of animal ingredients and alcohol in flavourings. Some Hershey chocolates in Canada contain gelatin, and this is listed in the ingredients declaration. No other animal ingredients or alcohol-based flavourings are used in Hershey chocolates in Canada. Cadbury Trebor Allen may be reached at (800) 268-1624 and Hershey Canada can be contacted at (800) 468-1714.

jadi...boleh makan


sebelum makan check ingredient ok!

-pasal ferrero rocher aku akan usaha cari declaration diorang

Halal dan Haram [v 1]

assalamualaikum sekali lagi

hari ini aku akan cakap pasal makanan yang banyak dijumpai kalau ada orang kahwin


FERRERO ROCHER


yaa...sangat sedap saya tahu

tapi halal kah ia? aku tanak sebarkan fitnah bahawa ianya haram dimakan

tapi aku juga mahu mengingatkan saudara saudari bahawa bahagian badan yang datang dari yang haram ialah makanan api neraka

aku juga sangat percaya bahawa yang haram itu sangat tidak baik untuk kesihatan

jadi sama-sama kita siasat

laman web ini mengatakan ianya halal(UK)

http://www.gmwa.org.uk/foodguide2/in...question&id=97

laman web ini plak cakap tak halal(US)

http://www.muslimconsumergroup.com/P...productId=3332

ada org ckp yg UK punye lebih dipercayai.

baiklah, kita tengok apa kata JAKIM

"Sehingga kini pihak pengedar coklat ferrero rocher dan kindo bueno tidak pernah memberikan maklumat status kehalalan produk ini kepada JAKIM."

jadi...macamane?peningnye aku


aku berpendapat..coklat ni semasa pemprosesan die, ada gunakan arak (aku tengok dalam tv1 hari tu mat saleh tu tunjuk cara wat coklat).aku rasa tujuannya nak bagi coklet tahan lama

yang takde tanda halal tu baik laaaa korang jangan makan

ape pasal taknak apply sijil halal?tak cukup duit(tipu!)?ataupun takut?atau tak hormat orang islam?

tepuk dada tanya iman.sukati la kalau korang nak makan tapi biarla berdasarkan siasatan, bukan ikut sedap perut n tekak.aku dah tak makan bertahun2 sihat je sampai sekarang.

"tinggalkan sesuatu yang masih meragukan hingga engkau benar-benar tidak ragu"(riwayat ahmad)

"siapa yang takut (berhati-hati) jatuh kepada syubhat(ragu-ragu),maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya sendiri"(bukhari dan muslim)

"dosa itu adalah sesuatu yang menggelisahkan hati"

aku dan zen

aku nak tukar nama...
jadik zen
hahaha
x sabar nak jumpa zen

Thursday, December 11, 2008

buruk

buruknye template ni.

Tanah Runtuh - Patut Ke Saman ?

Assalamualaikum (haha selama ni tak bagi salam pun)

baru-baru ni kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh kat bukit antarabangsa tempat orang-orang kaya tu


macam2 cerita susulan yang kite dengar, contohnya

-padan muka (komen aku:ish3 tak baik wo)

-maki hamun yb (komen aku:kesian yb tu berkampung kat situ pun kena maki)

-buang makanan yang diberi lam tong sampah (komen aku:banyak sangat kot diorg bagi)

-kerajaan nak bagi diorg duk hotel (komen aku:entah la..)


jadi...persoalan sekarang patutkah mereka menyaman MPAJ ataupun kerajaan?


ehem2, sebagai student yang amik tort dengan mdm zahrina (wahahaha) izinkan aku bagi komen

(disclaimer : any reliance on this is at your own risk. i am not qualified legal practitioner)

aku rasa diorg takkan berjaya saman MPAJ sebabnya sebelum ni dalam kes highland tower pun diorang saman mpaj tapi tak berjaya.alasan kehakiman dalam kes tu lebih kurang camni

  • public policy.nanti jadi floodgate of cases.nanti habis smua org nak saman.kalau dapat pun duit bukan kua dari poket orang MPAJ yang bagi kelulusan tu

[orang bayar cukai/saman(xde kena mengena dengan kejadian) -> bagi duit kat mangsa]

[ntah2 yang bayar cukai tu lagi miskin dari mangsa kejadian yang dikatakan orang2 kaya]-ni aku tambah

[kenapa pembayar cukai kena bertanggungjawab atas kesalahan orang lain?]-ni aku tambah

basically public policy la...ahahaha(ish kenapa aku gelak)

kalo aku jadi judge aku akan kate : sape suruh beli tanah kat situ.dh tgk highland tower jadi camane tak reti-reti nak pindah.nak saman kenapa ni kan bencana alam.ha...mpaj pun patutnye nasihat la diorg.dah, toksah saman2,sama2 pun salah sama2 kita bina hidup baru.ok,mahkamah bersurai.saya lapar ni belum breakfast.

Cuci Pte Ltd

ari ni aku...cuci longkang lalala
bese la cari duit time cuti
so?
xtau.
hahaha.
moral of the story :
usaha tangga kejayaan
-ah,dahsyatnye melihat hutan paya bakau di dalam longkang

rancangan ini ditaja oleh: biskut tiger

Wednesday, December 10, 2008

bosan

what a dull blog

Tuesday, December 09, 2008

Kisah Aku n Dr Zainiy

Tadi aku gi masjid surau kristal
aku nampak Dr Zainiy Uthman
yeee yang ajar ungs tu
lalu aku menegurnya

tapi aku...
  • lupa bagi salam
  • tak tegur wife die
  • ayat terakhir aku cakap 'dua ringgit je'
  • takde langsung mengeluarkan kata-kata manis(contohnye time kasih sebab ajar saye)

sebenarnye aku...

  • sangat mengagumi dia
  • sangat enjoy kelas die (walaupun aku xdpt A aku redha sebab aku banyak ponteng.al-maklum la kelas kul 8 pagi)
  • sangat kagum
  • dan kagum
  • dan kagum......

dan Dr Zainiy

  • tanya 'sewa beskal kat mane'---> cakap melayu

kenapa aku.....cakap bi ngan die masa mula2...

kan dah malu......

bukan terer speaking sangat pun

jagalah budi bahasa anda

hormatilah bahasa kebangsaan

Saturday, December 06, 2008

Yatta!

Ahahaha Aku dah Berjaya

megi

megi.....megi.....megi terakhir............

Pakai Minyak Wangi Alkohol


Hukum pakai minyak wangi yag ada alkohol-

aku pernah tanya tokki aku pasal ni, dia kata boleh pakai sebab al-khamr tu definisinye yang boleh consume.kalo xleh consume, macam alkohol buat minyak wangi tu bukan al-khamr namanye(kalau telan mati kot huhu).tapi aku tanye lecturer aku lam kelas katanya tak boleh dan respon bdak-bdak kelas aku masa aku tanya : of kos la tak boleh(tapi aku rase sbnrnye diorg tu pakai-uhuk2).to be frank, aku xde pun minyak wangi, baik Kedai Badan (body shop) ataupun minyak wangi pasar malam aku xde.sebabnye dose laa kalo pakai smpai org lain leh bau.aku cume selek2 yg membe2 punye kalo nk gi extra class dr.baha - xsempat mandi le.aku cume pakai deodorant nivea, walaupun wangi sket tapi baunye akan hilang dalam beberapa minit..by the time aku sampai kelas aku adalah bau-less(perjalanan gi kelas 15 minit dong).passer-by x perasan ah,melainkan tetibe die gi hidu ketiak aku.ah,pelik tu.

Aku rungsing pikir pasal ni coz aku suke pakai toner jonhson&johnson yang ade alkohol.

Jadi, aku telah serve di internet dan jumpa keputusan yang reliable.

Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan kata boleh pakai...hoyeh hoyeh

tak caye?bukak la link ni.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=998

Terengganu pun same aku rase coz tokki aku pn member mufti gak.

Tapi aku xtau adakah alkohol dalam toner johnson&johnson tu dibuat dari proses pembuatan arak.jadi aku meminta fatwa dari hati dan hati aku berkata johnson&johnson xproses arak.saya tahu anda juga merasakan begitu.

Jadi, aku x buang la toner tu.lalala~
Eh jangan pulak anda terus gi borong perfume banyak2 kat kedai dan berwangian2 gi kelas.dose la kalo org terbau.kalo nk guna alasan 'ala,mana org bau'..depends ar.lu pikir la seniri.aku rase aku dah cukup wangi dah ahahahaha
-aku wangi

Friday, December 05, 2008

Strawberry (again?) - Mutant!

I bought strawberries (again) at Giant hypermart nearby and found these weird-looking fellas..

with two legs

with three legs

what the..?

Thursday, December 04, 2008

Peminta Sedekah


Ah, aku dalam dilema jika berhadapan dengan peminta sedekah sama ada yang datang di rumahku atau yang duduk di tepi-tepi jalan

Kalau Bagi??


-Nabi s.a.w tidak menggalakkan meminta sedekah - 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'
-betul kah orang itu miskin, atau sebenarnya lebih kaya duit dalam bank ribu2
-nanti macam encourage diorg untuk meminta lagi-dah la bawak anak2 dan sedara mara kalo nak bagi kena kira berapa orang mcm nak bagi duit raya
-bagi rm* nak rm*, bagi rm*, x cukup lagi nak beli ubat sakit itu dan sakit ini-tak bersyukur!
-pernah tu aku jumpe kat stesen lrt wangsa maju kaki tempang dahsyat gile, tapi betul ke?ntah2 buat taktik
-kenapa taknak usaha?rasa nak lempang je.orang yang betul2 susah takkan mcm tu.jiran aku ada yg miskin gile pn xmintak2 mcm tu,redha je kalau org nak bagi
-kerajaan dah dedahkan banyak yang menipu terutama kat KL
-kalo kat teganu plak, sihat walafiat mintak duit ape hal

Kalau Tak Bagi??
-mungkinkah itu malaikat yang menyamar??
-siapa lagi yang nak tolong kalo bukan sesama melayu
-harta kita terdapat juga bahagian mereka (masalahnya betul ke?kot2 tipu)
-gunakan hadis yang sama- 'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'
-macam la aku ni selalu sangat bersedekah, bila lagi?
-ah rasa jahatnye..kejamnye...kedekutnye..
-lagipun saham akhirat, pulak tu Allah balas x 10

Jadi??
-baik aku bagi pinjam duit kat kawan2 dekat universiti
-coz pahala orang bagi pinjam duit lagi banyak dari orang yang bersedekah
-Nabi s.a.w pernah bertanya hal ini kepada malaikat lalu dijawabnya, orang yang mintak sedekah mungkin ada duit lagi tapi orang yang pinjam duit selalunye memang pokai.
-kalau nak sedekah baik bagi kat al-aqsa friend society kat uia, orang2 disana lagi memerlukan

Oleh itu, kawan2, marilah kita membantu sahabat yang memerlukan (bukan yang boros!) dan dermalah kepada tabung palestin.kita ini bersaudara.

kalau nampak orang tak bagi derma, janganlah mengutuk dalam hati.sebaiknya tanamkan husnul zhonn, mungkin mereka lebih suka memberi kepada yang lebih memerlukan (harapnye begitu lah!)

Wednesday, December 03, 2008

baru!

aku dah jumpa seswatu yang baru

ha ha ha
ah..tak bergerak

kenapa?

Bertunang Akhirnya!



Aku baru balik dari Taiping, kepenatan aku berhari2 merantau demi mengangkat dulang nan sebuah.seb baik blanje kfc,huh.selamat bertunang buat pakcik ku yang tua tapi nampak cam budak form 5 (haha padan muka berani kata aku muka x mcm bdak u).rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan seperti yang Nabi s.a.w sarankan.yang paling bahagia dalam majlis itu ialah yaya kerana dapat makan kuih yang disukainya.

Tuesday, December 02, 2008

Musim Salji

ARAHAN : SILA TUKAR PERKATAAN SALJI KEPADA HUJAN, AIR ATAU BANJIR, DI MANA-MANA TEMPAT YANG SESUAI
sekarang ialah musim salji di rumah ku
salji kelihatan di merata2 tempat
semalam ketika aku pulang ke rumah, banyak kereta terkandas dalam salji
salji tidak henti2 sejak aku mula cuti
amat seronok kerana sangat meriah
tidur juga sangat lena
ayahku kata salji di rumahku sudah sampai paras dada anak itik
mengapa anak itik menjadi ukuran?aku juga tidak tahu
orang kata ini cuaca buruk
jangan menghina salji, Nabi s.a.w marah(hadis-jangan hina hujan)
kerana salji itu Allah yang turunkan
kerana salji itu rahmat dan rezeki
kerana Allah peliharakan Terengganu

AMARAN:GAMBAR INI IALAH HIASAN SEMATA-MATA