Friday, December 19, 2008

Nasihat Untuk Aku..

Aku sgt emo 2-3 hari ni

so baiklah aku menginsafi diri hari ni

copy paste je ye kawan kawan..
sila baca dengan nada serius

Menuju Kesempurnaan Diri

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata :

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya: Tanyalah apa yang engkau kehendaki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik ).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa.
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan(kurangkan ) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan,mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang.

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

wallahu`alam..

No comments: