Thursday, December 04, 2008

Peminta Sedekah


Ah, aku dalam dilema jika berhadapan dengan peminta sedekah sama ada yang datang di rumahku atau yang duduk di tepi-tepi jalan

Kalau Bagi??


-Nabi s.a.w tidak menggalakkan meminta sedekah - 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'
-betul kah orang itu miskin, atau sebenarnya lebih kaya duit dalam bank ribu2
-nanti macam encourage diorg untuk meminta lagi-dah la bawak anak2 dan sedara mara kalo nak bagi kena kira berapa orang mcm nak bagi duit raya
-bagi rm* nak rm*, bagi rm*, x cukup lagi nak beli ubat sakit itu dan sakit ini-tak bersyukur!
-pernah tu aku jumpe kat stesen lrt wangsa maju kaki tempang dahsyat gile, tapi betul ke?ntah2 buat taktik
-kenapa taknak usaha?rasa nak lempang je.orang yang betul2 susah takkan mcm tu.jiran aku ada yg miskin gile pn xmintak2 mcm tu,redha je kalau org nak bagi
-kerajaan dah dedahkan banyak yang menipu terutama kat KL
-kalo kat teganu plak, sihat walafiat mintak duit ape hal

Kalau Tak Bagi??
-mungkinkah itu malaikat yang menyamar??
-siapa lagi yang nak tolong kalo bukan sesama melayu
-harta kita terdapat juga bahagian mereka (masalahnya betul ke?kot2 tipu)
-gunakan hadis yang sama- 'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima'
-macam la aku ni selalu sangat bersedekah, bila lagi?
-ah rasa jahatnye..kejamnye...kedekutnye..
-lagipun saham akhirat, pulak tu Allah balas x 10

Jadi??
-baik aku bagi pinjam duit kat kawan2 dekat universiti
-coz pahala orang bagi pinjam duit lagi banyak dari orang yang bersedekah
-Nabi s.a.w pernah bertanya hal ini kepada malaikat lalu dijawabnya, orang yang mintak sedekah mungkin ada duit lagi tapi orang yang pinjam duit selalunye memang pokai.
-kalau nak sedekah baik bagi kat al-aqsa friend society kat uia, orang2 disana lagi memerlukan

Oleh itu, kawan2, marilah kita membantu sahabat yang memerlukan (bukan yang boros!) dan dermalah kepada tabung palestin.kita ini bersaudara.

kalau nampak orang tak bagi derma, janganlah mengutuk dalam hati.sebaiknya tanamkan husnul zhonn, mungkin mereka lebih suka memberi kepada yang lebih memerlukan (harapnye begitu lah!)

No comments: