Sunday, December 14, 2008

Teori Masalah

Umi aku telah mengeluarkan teori ini:

Bila ada masalah besar, kita anggap masalah-masalah yang lain adalah masalah yang kecik

Bila takde masalah yang besar, maka masalah yang kecik akan bertukar (sila jerit seperti cerita ultraman) menjadi masalah yang besar

Dan masalah yang kecik tu akan terus mengembang(yang ni tak perlu jerit) sehingga kita menganggapnya sebagai masalah yang paling besar dalam hidup

contoh masalah kecik yang jadi besar:

"arghhh ape pasal cite aria ni tak best.tensyen nye akuuu"
-kalau tak best jangan la tengok

"arghhh bile aku nak pulangkan komik-komik niiii"
-nanti sem depan bawak la, pulangkan balik.ape susah

"arghhh aku rasa die saje nak menyakitkan hati aku"
-ape pasal tiap2 hari pikir pasal die.banyak makhluk lagi yang boleh dibuat kawan.dalam banyak2 kawan yang baik, ape pasal nak fokus kat die sorang

"arghh ape lagi masalah yang nak aku taip ni"
-takde masalah cari masalah.buat conclusion je la apa susah

Conclusion : walaupun anda ditimpa masalah, bersyukurlah.masalah orang lain lagi besar dari masalah anda.

-ahahaha mesti korang dah konfius besar kecik

No comments: