Saturday, March 28, 2009

Wahai Aku


Sahabat Part 1:


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :

Pertama:Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...

Kedua:Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga:Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat:Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yangmenimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepadaPenciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."


Sahabat Part 2

-Carilah sahabat yang menarikmu ke syurga, jangan cari sahabat yang tarik ke arah neraka
-hadis yang aku belajar lam kelas ethic & fiqh (ustaz abdul kabeer hussin solihu):
bunyi nye lebih kurang cani (sori ye matan tak tepat):
sahabat yang baik ngan sahabat tak baik ialah macam ni -
kalau kawan dengan tukang besi akan kena serpihan2 bara pastu baju pn terbakar.
kalau kawan dengan penjual minyak wangi kalo die tak bagi minyak wangi tu pun baju kite lekat ngan bau2 wangi.ummm wanginyee

*sahabat part 1 ialah aku copy paste
*sahabat part 2 ialah aku karang sendiri-sangat berseni kan?

No comments: