Wednesday, May 20, 2009

Masih ada rupanya insan berhati mulia

Berjalan aku ke lab komputer aikol selesai saja aku mengisi perutku di econs.seperti biasa aku meluru ke lab aikol demi mengisi waktu yang masih bersisa satu jam sebelum ustaz datang.berdetik saja jarum pendek jam rolex gold tulenku (tak caye ke) ke nombor 11, aku meluru ke kelas.berlegar2 aku di hadapan kelas kerana ustaz belum datang.uncle Ng tiba2 bersuara, "ah ustaz sms cakap takde kelas".sophi sophiana (pelik kan nama dia) melompat kegirangan.Fifa meluru kembali ke lab komputer aikol, lalu aku ikut bersamanya.lalu aku duduk di hadapan komputer HP walaupun di whiteboard tertulis "HP computers are under maintenance, please use DELL".ah, peduli apa aku.tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan komputer ini di mata aku.tiba-tiba terlintas di fikiran aku "oh ya..aku ada nak kol orang".ku buka beg putih ku yang dibeli di jusco wangsa maju dan mencari henset ku.tak nampak.lalu aku korek beg itu.tak ada.lalu aku terbalikkan beg aku, termuntahlah semua barang termasuk sampah sarap yang lupa dibuang.tiada kelibat henset samsung hitam itu."henset hilang~", jeritan ku didengari di seluruh pelusuk lab komputer yang berbau masam itu(kata abang technician ada binatang mati dalam aircond).
Bermulalah kisah aku mengenali hati dan budi manusia.sahabatku menghulurkan hensetnye "ambik la pinjam enset kol sape2 yang penting".lalu aku ke kelas membuat bising.seorang kawan aku aku jarang2 menegurnye (bukan aku sombong ye, die macam pendiam je) menawarkan telefon samsung nya untuk aku guna.lalu kawan disebelah menawarkan simkad celcom nya pula untuk aku guna.pakcik2 polis juga bertanya.pulangnye aku ke bilik, aku memberi tahu beberapa orang tentang kehilangan samsung hitamku itu, lalu ku terima panggilan telefon dari kawan yang bernama siti saleha yang bertanya "camane leh hilang".aku juga menerima sms dari kawan2 lain.
malamnya aku pergi meeting, juga aku menerima ucapan2 takziah dan pelbagai ekspresi muka terkejut.ada yang mengerutkan kening, ada yang membesarkan mata, ada yang memegang tangan.ah, ganjil bukan?semua berminat dengan cerita henpon hilang.sungguh ambil berat mereka ini.tatkala aku set status di ym aku sebagai 'henset hilang' sepupu ku syifa mula2 skali bertanya.diikuti dengan beberapa insan lain.
keesokan harinya sampai saje aku ke kelas sekali lagi aku ditanya bertalu2 'dah jumpe ke'.kawanku dari china yang bernama jia xue a.k.a fatim juga bertanya soalan yang sama.bezanya soalan itu ditanya dalam bahasa inggeris slang cina.hahahaha.uh termerepek la pulak.berbalik kepada cerita, ayah aku tiba2 menelefon.sedang ustaz mengajar aku menjwab telefon itu sedangkan aku di barisan hadapan sekali.ah, betapa selamba nya aku.ayah aku memberitahu ade orang sudah menjumpai henset aku.hati ku menjerit 'weeeeee~'.aku menjerit, 'henset dah jumpa~'.ustaz memberi jelingan maut.tanpa mempedulikannya aku menceritakan apa yang telah ayah aku beritahu.
aduh panjangnye cite ni penat aku nak taip.kesimpulannya budak tu dah pulangkan henset aku.sekarang mereka bertanya lagi 'camane leh jumpa henset'.itulah yang aku perlu terangkan kepada setiap sahabat2 yang sangat caring ni.penat la pulak nak explain.tu belum masuk 'eh henset ko hilang eh hari tu'
.......
baik kan kawan2 aku?
uiks cam novelis la pulak
buang tabiat.
next post...ramai rupanya insan yang kejam

No comments: